Rabu, 1 Ogos 2012

Mee udang?
Kuala Sepetang..... Mee Udang Banjir Mak Teh, Mee Udang Mak Jah.
kalau sebut mee udang mesti ramai yang akan sebut mee udang Kuala Sepetang. Dari nun di utara sampai ke selatan nama Mee udang Banjir Mak teh atau Mee Udang Mak jah memang sudah dikenali...
Okay...okay... untuk kali ni aku nak cerita tentang mee udang dan jugak aktiviti-aktiviti peminat mesin beroda 2. Ride sesah mee udang ni dah jadi ibarat acara wajib untuk diikuti. Terbaru adalah Friendship Ride pada 14.7.2012 yang mana bikers2 dari utara sampai la riders2 dari ibu kota sekali lagi datang untuk mencuba keenakan mee udang di Gerai Mee Udang Mak Teh, Kuala Sepetang.... kehadiran disambut oleh Suria Bikers, Group Motosikal tuan rumah pada kali ini.....
Inilah masanya.. pada tengahari yang terik maka sampailah mereka dengan kuda-kuda masing-masing ke destinasi yang menjadi idaman...





Meriah... macan nilah keadaannya sementara menunggu hidangan yang dipesan sampai. bukan setakat mee udang sahaja menu yang ada, nasi goreng udang pon boleh oder... semuanya memang membuka selera.. bagi hidangan mee udang, harga adalah antara RM10, RM12 atau RM15 mengikut saiz dan jumlah udang.... Rasa pula? yummm...... memang membangkitkan selera....


Sekadar untuk santapan mata........... nak rasa? datanglah sendiri dan cuba... bak kata orang "selak udang baru nampak mee". Bila sudah kenyang boleh la mandi manda di Bourmis Poll. satu lagi tempat menarik di Taiping, terlekak berhampiran Bukit Larut.... airnya memang sejuk disamping udara nyaman. acara wajib jika sampai ke Taiping.... setakat ini untuk kali ini. Next time bole la cerita tentang Bourmis Pool atau tempat2 lainnya....



sebahagian daripada bikers yang terlibat.........